[Miracle Refreshing Spray]

 assalamualaikum :D

alhamdulillah berfungsi semula My lovely blog ni huhu,
so utk meraikan come back cetita saia ni.. 
sy nak update pasal product yg paling sy syg MRS ..

jom bace semuaaa :D

MIRACLE REFRESHING SPRAY diformulasi dari minyak kelapa dara (VCO) yang telah ditambah nilai dan Essential Oil (pati bunga dan buah berries). Kebanyakan bakteria hidup dipersekitaran pH6 hingga pH7 (natural). MIRACLE pula mempunyai nilai pH sekitar pH9 hingga pH10 (mempunyai rasa yang pahit) dimana pada pH ni tidak sesuai dalam pertumbuhan bacteria.
Mint Oil di dalam MIRACLE ini juga membantu membunuh bacteria dengan menghakis dinding-dinding sel bakteria dan membantutkan pertumbuhan bakteria (kulat).
Secara dasarnya MIRACLE ini merupakan anti-bakteria dan anti-fungus. VCO MIRACLE adalah VCO yang telah ditambah nilai dengan dikecilkan menjadi NANOPARTICLES iaitu molekul minyak VCO telah dinanokan. B
MIRACLE sebagai anti inflammation (anti keradangan)
keradangan
- symptom = rasa panas, bengkak, merah dan sakit
contoh : bisul, jerawat, kudis, kayap.
Dalam MIRACLE ada 2 agen penting :

1. VCO mengembalikan kelembapan kawasan radang supaya radang tidak merebak. Membantu membunuh bakteria di permukaan kawasan radang dan menyerap masuk untuk membunuh bakteria di dalam kawasan radang, membantu menghasilkan sel baru.

2. Mint Oil bersifat sejuk, menurunkan suhu keradangan dan bertindak sebagai cooling agen supaya radang tidak membesar dan menjadi parah serta menyurutkan bengkak.
KESAN 3 mekanisma yang ada pada MIRACLE:

    = VCO digunakan sebagai pelembab kulit kepala dan penanggal sel kulit kepala yang dah mati. Ia juga   membantu merawat kulit kepala yang dijangkiti kulat dangan agen antifungus ia mampu membunuh dan  merencatkan pertumbuhan kulat di kulit kepala.

   = Mint Oil bertujuan membuka pori pori liang roma kulit kepala dan membantu VCO meresap masuk ke akar rambut. Membantu dalam membunuh kulat di kulit kepala. - memberikan rasa segar dan nyaman pada kulit kepala.

3. Essential Oil digunakan sebagai relaxing factor untuk reset mind anda bahawa kelemumur sudah tiada dan merangsang minda anda untuk memberi inner protection dari minda untuk badan anda merembeskan hormon pengalak rambut. - sebagai penggalak pertumbuhan rambut.

Cara Penggunaan :

A. Sebelum keluar
1. Goncangkan sedikit Miracle Refreshing Spray
2. Semburkan pada kulit kepala (dicadangkan 2-3 kali semburan)
3. Ratakan cecair Miracle Refreshing Spray ke kulit kepala sehingga ke belakang leher
4. Urut perlahan-lahan kulit kepala sehingga ia meresap ke dalam kulit kepala
5. Biarkan seketika (1 minit)
B. Ketika Perlu :
1. Goncangkan sedikit Miracle Refreshing Spray
2. Semburkan pada tapak tangan (2-3 kali)
3. Ratakan pada tapak tangan
4. Sapukan pada belakang leher, belakang telinga, leher, dahi, dada dan kawasan dalam tudung (jika bertudung)
5. Sapukan pada hidung dan hidu Miracle Refreshing Spray pada tapak tangan untuk menghilangkan rasa stress

Comments

Popular posts from this blog